April 4, 2013

Don't Judge

".......
perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu. 
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yng kau tafsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dipengkes kaki mereka.

biarkan.
.................."


Brilliant words from Fynn Jamal.
Note to myself. 
Jangan lah sesekali kita judge manusia lain.
JANGAN. 
Kerana kita semua pendosa. :)

No comments: