Assalamualaikum!
Alhamdulillah, dah nak dekat dua minggu berhenti kerja, duduk rumah berehat goyang kaki sebelum balik utp tersayang tu ha. 11/01 aritu last day kat shell. Takdela farewell party sangat pon. Just diorang belikan kek & amek gambar je. Honestly, rindu gilaaaaa. Plan mula mula nak kerja sampai habis chinese new year, sebab gaji mesti kaw kaw punya. Public holiday banyak kot bulan ni. Christmas, new year, chinese new year dua hari. Fuhh masyuk dengan bonus RM200 dah confirm. Haa $_$ tapi umi suruh berhenti awal. Balik rumah so berhentilah 11/01 aritu. Jom zass apa ada kat shell. Eceh!
Ni kedai.
My workstation yg kaunter ada kerusi tu! Cashier, kira kira duit. *keching keching* haha
Ha sentimental betul ayat.
Dan tadaa! Budak cengeng. T_T tengok kek terus nangis. Teardrops on my spec! Haha
Abang fazli @ abe pajeli.
Kak kiah, my only geng gosip.
Abang ramli
Abang ngah, the care taker.
My last night here! After closing with abang fazli. Bye bye shell.
Bersyukur gilaa sebab dapat kerja kat sini. Staff semua baik, friendly plus aku terasa muda and the onlyyg belum kahwin! Haha. Even kitorang 5 orang je tapi riuh jangan cakap. Ada dua shifts, 6 pagi - 6 petang/11 pagi - 11 malam. Tapi biasanya aku kerja dari 11 pagi sampai 12 malam, siap ada customer cakap eh tak reti nak balik rumah ke. Abang datang pagi kau ada, malam pon ada lagi. Ha tapi bukan senang kerja sebab bukan setakat jadi cashier kira duit je. Shell selalu ada promotion so basically, kerja kitorang kena promote semua promotion tu. Tiap bulan ada different skrip yg kena ikut. Sebab nanti kitorang akan di evaluate oleh mysterious customer yg actually pekerja shell! Contoh skrip bulan ni kena cakap 'Selamat datang, isi minyak penuh bos? Boleh menang satu juta ganjaran bonuslink setiap minggu! Bla bla blaa'. Bayangkanla kena cakap to every customer yg datang. Penat tau. Alhamdulillah for the last 3 months dapat skor 100% untuk skrip so dapatlah bonus RM200. Hehe dan yg penting, kerja kat sini buat berat badan aku tambah 5kg! Hari hari dapat makan free. Kalau kerja shift pagi breakfast kadang kadang nasi goreng ayam masak merah, tak pon mcd. Tengahari lauk jangan cakap. Ikan bakarla, nasi goreng seafood la, tiap tiap hari lain menu. Malam adela burger ke, dominos ke, kuewtiaw goreng ke. Dan semuanya free. Pastu balik malam terus tido. So hasilnya sekarang berat dah 50kg! Haha memang rasa lifeless gila kerja sebab kerja seminggu 6 hari. Weekend & public holidays jangan harap dapat cuti. Contohnya,
ni gambar masa pagi raya aidiladha. Takbir raya dalam kedai je. Sobs!
Tapi experience yg penting. Jumpa macam macam orang. Yg baik, yg sombong, penipu dah isi minyak penuh terus lari tak bayar, yg wangi, yg busuk, yg kaya, yg miskin, semua ada. Not easy to deal with people. Kena tengking pernah, yela customer is always right kan. So kena sabar jela. Atleast now i have experience how to deal with people and hopefully it would be useful for my internship and working life later! Hehe okay dahla, penat tulis panjang panjang ni. Bye!












No comments:
Post a Comment