Assalamualaikum, hai semua!!
Stress. Baru je habis test hydrology. Memang jawab entah ape-ape jela kan. Tak sempat nak study pon! Tsktsktsk
Alkisahnya bermula bila rabu malam aritu, kitorang budak-budak civil dijemput makan free dekat kedai nasi lemak ayam golek. Perghh dengar nama kedai je dah terliur kan?? Haa lecturer ITM kitorang memang baik gilaa sebab buat jamuan sempena habis sem ni. Walaupun setiap kali kelas boleh kira berapa kerat je yg datang, tapi dia still murah hati belanja kitorang makan satu kelas. Baik okayyy!
So malam tu, kitorang pon pergila 5 orang satu kereta. Sampai je sana tengok budak perempuan lain belum sampai pon lagi. Dah nampak dah kat situ siapa yg semangat kalau bab-bab makan ni. Haha dah sampai apelagi kan, teruslah amek makanan semua. Memang makan besar malam tu. Nasi lemak lauk sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, ayam percik. Tu baru first round. Memang lapar gilaaa ah time tu. Sanggup x makan tengah hari sebab nak tunggu dapat makan free. Ade la dalam dua pinggan nasi lemak tu aku makan. Cendol semangkuk, air barbican peach campur dengan strawberry. Makan memang x ingat dunia.
Sedaaaap gilaaa! Sila abaikan bintik-bintik kat tudung tu okayy!
Perut kenyang, hati pon senang. Bukan setakat dapat makan free. Karaoke pon free!
Enjoy bukan main, padahal esok tu ada test TPE. Balik tu siapkan projek TPE sampai pukul 4 pagi baru tidur. Nak study untuk test memang xlarat dah. Test pukul 12 so bajet bangun pagi tu nak study sikit la kan. Tapiiiiii benda lain pulak yg jadi! Pagi tu aku cirit pulakkk! (buruk beno nama cirit tu eh). Memang kaw-kaw punya cirit birit ni. Siap muntah-muntah bagai. Sakit gilaa. Dari pukul10 tu sampai pukul2. 4 jam tu agak-agak berapa kali la kan aku keluar masuk toilet. Sampai dah xlarat nak bangun terus muntah tepi katil je. Euww! Haha ingat kan sebab aku makan banyak sangat. Sekali tengok satu kelas kena! Lawak betul, cirit diarrhea beramai-ramai. Tapi I was the lucky no 1. Orang pertama kot yg kena? Pagi bangun tidur terus kena. Budak-budak lain sempat la jugak nak pergi test TPE pukul 12 tu. Tapi time tu aku tengah sibuk berlari-lari keluar masuk toilet. HAHAHA sehari memang terlentang atas katil je. Tu la sebabnya aku xsempat nak study untuk test hydrology tadi.
Ada hikmah jugak sakit-sakit ni. Allah tahu yg aku x sempat nak study. Kan? Kalau x mesti kena pergi test dengan otak kosong. Allah is always the best planner.
Ada hikmah jugak sakit-sakit ni. Allah tahu yg aku x sempat nak study. Kan? Kalau x mesti kena pergi test dengan otak kosong. Allah is always the best planner.
Ohh, tak lupa jugak, semoga Allah murahkan rezeki Mr. Akhir. Sir jangan risau, saya dah x cirit lagi tauu! Kehkeh


No comments:
Post a Comment