April 9, 2011

Benci Sama Itu Dr. Narayanan!! :(

Aritu dah bagitau kan yg aku nak balik makan durian kat rumah. Kalau ikutkan hati memang nak balik minggu ni jugak! Tapi sebabkan jumaat malam still ada badminton, hold dulula niat nak balik tu. Macam x berbaloi pulak nak balik hari Sabtu kan. Tak sempat panas bontot duduk rumah dah kena balik UTP. Memang terima kasih jela. 

Belek punya belek jadual tengok-tengok lagi dua minggu aku FREEEE!!! Memang boleh balik! Badminton pon dah xde!! Boleh balik jumaat pagi lepas kelas ITM pastu the next week tu pon xde ape-ape kecuali test Hydro. Tu pon hari jumaat. Kalau nak balik UTP hari khamis pon boleh xdehal punya!! Memang dah excited habis la kan!! Dah tebayang durian runtuh kat rumah. 

Dengan tiba-tiba, saspen ni. T__T Maghrib tadi aku terajin pulak nak bukak elearning, memang cari pasal. 
Daaaann surpriseee!!


Test steel postpone dari 18hb ke 25hb. WTF??!!! Dahla test hari isnin. Kalau balik jumaat tu pon, ahad pagi-pagi mesti dah kena gerak dari rumah. Habis hancur lebur berkecai semua plan!!!!! Lepas tu ape lagi. Kelam kabut pack barang, aku xkira nak balik jugak! Sehari pon sehari la. Dalam pukul8 lebih pergila taman maju nak beli tiket dah siap dengan beg semua. Jeng jeng! Tiket bas habis! Tahniah untuk diri sendiri! Memang aku melalak dalam kereta balik UTP. Sampai hati sir buat saya macam ni. Terima kasih banyak-banyakla. Boikot sir lepas ni! :'(

Sape yg menghabiskan tiket pergi Melaka tu memang xberperikemanusiaan tau. Sibuk je nak makan durian jugak!! Next week pasti balik! Hari sabtu pon sabtu la. No more surprises pleasee!

No comments: